Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pukul Anjing Liar Sampai M*ti, Netizen Desak Pelaku Dikenakan Tindakan Tegas - "Mohon Saksi Kejadian Segera Bertindak!"

Asyraf Roslan
06/11/2024 02:55 MYT
Tular sebuah video menyaksikan seorang lelaki memukul seekor anjing secara kejam hingga maut.

Video yang berdurasi 1 minit itu, menunjukkan lelaki tersebut telah memukul seekor anjing hitam yang hanya duduk dipercayai kawasan bengkel berulang kali sehingga mati.

Amarah netizen bertambah apabila perbuatan kejam itu disambut dengan tawa oleh rakan-rakan lelaki berkenaan yang juga merakam situasi berkenaan.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Instagram Persatuan Haiwan Malaysia, Animal Malaysia, kejadian tersebut difahamkan telah berlaku di Sabah.

Animal Malaysia juga mengesa orang ramai yang mengenali individu terbabit untuk membuat laporan polis supaya siasatan jenayah haiwan dapat dijalankan.

“Lelaki ganas melibas anjing secara kejam hingga maut ini dipercayai berlaku di Sabah.

“Orang Sabah sama ada rakan sekerja, sanak saudara atau kenalan lelaki biadap, kejam dan berbahaya ini diminta buat satu laporan polis supaya siasatan jenayah haiwan dapat dijalankan terhadap pelaku brutal ini.

“Jika kelakuan jenayah haiwan berlaku di Sabah. Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 boleh diguna pakai.

“Jika ianya berlaku di Sarawak. Ordinan Kesihatan Awam 1999 (pindaan 2024) tidak bersungguh dan tidak kuat.

“Namun boleh dipertimbangkan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan atau Akta Binatang 1953 memandangkan Sabah dan Sarawak tidak mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 seperti di Semenanjung,” katanya

Pada masa sama, Animal Malaysia juga meminta agar saksi kejadian untuk bertindak dan berkongsi maklumat kepada Hotline Janayah Haiwan.


“Mohon saksi kejadian segera bertindak atau boleh kongsikan maklumat bukti ke Hotline Jenayah Haiwan Animal Malaysia www.wasap.my/+601171245930,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan perbuatan lelaki terbabit yang langsung tidak berperikemanusiaan.

"Tolong tangkap dia"

"Tunggu la nanti, yang pukul, yang rekod, yang gelak semua akan kena balik?? akan kena balik kat anak2 kau...nanti merana lah seumur hidup"

"Ya Allah sedihnya ?.. Ko gelak2 ye sambil rakam.. yang pukul anjing tu.. anjing tu tak kacau ko pun. Duduk lepak situ je. Kalau ko bagi dia makan confirm dia jaga ko betul-betul"

"TANGKAP SEKALI YG GELAK TU!!!!!!!

"Tolong tangkap semua ,pemukul, Rakam gambar dan yang gelak belakang itu," kata netizen

#Pukul #Haiwan #Anjing Liar #Tindakan Tegas
;