Pukul, Bunuh, Sumbat Dalam Guni - Kejam, Anak OKU Dibunuh Teman Lelaki Ibu
Syafiqah Jalal
07/01/2023 12:37 MYT
07/01/2023 12:37 MYT
Tiada hati perut! Pukul, bunuh, sumbat ke dalam guni dan buang ke dalam semak.
Itu tindakan kejam yang didakwa dilakukan seorang lelaki terhadap anak perempuan teman wanitanya yang berusia enam tahun baru-baru ini.
Mayat mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui di dalam guni di Kampung Keranji, Sarawak, susulan penahanan suspek, yang kemudian memandu polis ke lokasi mangsa dibuang.
Menurut Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon, terdahulu pada hari yang sama, suspek ditahan di sebuah premis menjual kereta di Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching bagi membantu siasatan kehilangan mangsa.
Ia berikutan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa pada 21 Dis lalu tentang kehilangan anaknya, selain laporan awal oleh orang awam pada hari sama mengenai seorang wanita dan anak perempuannya yang enggan pulang kerana takut dipukul teman lelakinya.
Kata Poge, berdasarkan soal siasat, suspek mengakui memukul mangsa hingga tidak bernyawa, sebelum membuang mayatnya di kawasan semak di Kampung Keranji.
“Pada jam 6.45 petang (Rabu), suspek menunjukkan kepada polis tempat mayat kanak-kanak malang itu dibuang," katanya.
Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 34 tahun turut dibawa ke lokasi dan mengesahkan mayat anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung yang dipegang mangsa.
Suspek, kata Poge, dipercayai membunuh mangsa kira-kira lima hari sebelum laporan polis dibuat.
"Sehubungan itu, polis turut menahan ibu mangsa untuk membantu siasatan."
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat.
Kes diklasifikasi sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Sumber: Awani