Bagi mereka yang mengikuti perkembangan drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku, pastinya anda geram dengan layanan Mak Azah lakonan Raja Azura terhadap anaknya, Nurin yang dijayakan oleh Uyaina Arshad.

Menjadi 'mangsa dera' ibu sendiri dalam naskhah terbabit, Uyaina mendedahkan dia sendiri meminta Raja Azura untuk memukulnya betul-betul dalam karya arahan Rashid Sibir itu.

"Sebenarnya, saya memang minta dia bantai betul-betul. Tapi, itulah kelebihan kita bekerja dengan orang lama dan berpengalaman seperti Raja Azura... Biarpun saya minta dia bantai saya betul-betul, semuanya ada teknik," kata Uyaina ketika dihubungi Gempak.




Meninggalkan impak tersendiri kepada kaki drama, ramai yang terkesan dan sedih dengan watak yang dilakonkan oleh Uyaina.

Ramai juga yang geram dengan karakter ibu antagonis yang dibawakan oleh Raja Azura.

Malah, ada sedutan video Mak Azah melumurkan tepung di wajah Nurin menjadi tular di laman sosial sehingga diparodikan oleh warganet!

BACA: Kreatif & Kelakar! Netizen Edit Video Raja Azura Lumur Tepung Ke Muka Uyaina Arshad... Dah Macam Iklan Cucur!

"Dia 'bantai' tu supaya saya dapat rasa. Dia pukul, sepak, terajang, ludah, lumur tepung, semuanya dibuat betul-betul! Seperti contoh, babak lumur tepung yang jadi tular itu dilakukan dengan hanya satu 'take' sahaja.

"Jadi, nak tak nak kena buat bersungguh-sungguh untuk adegan tu kerana sekali jalan sahaja dan ada dua kamera yang sedang merakamkan lakonan kami. Nasib baiklah menjadi!" kata Uyaina lagi.

Apa si Zanif buat ni! Zurin pun kenapa boleh hadap pulak nak scandal dengan Zanif ni. Nak kesian ke tak nak dengan Nurin? Xyah kot eh? MALAM INI Jujurlah Nikahi Aku Arahan @rashidsibir Dibintangi oleh @uyainaarshad @seanlje @ritanadira_ @raja_azura @amar_asyraf @louisaalissachong Dan ramai lagi pelakon hebat #dramavaganza #jujurlahnikahiaku Jangan lupa, anda juga boleh strim di Astro Go!

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Selain Uyaina dan Raja Azura, drama bersiri ini dibintangi oleh Sean Lee, Amar Asyraf, Zaidi Omar, Rita Nadira dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan minggu terakhir drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).