Masih ingat lagi dengan aktres popular 90-an, Norazah Aziz? Pastinya ada yang merindukan aksi lakonannya dalam drama bersiri Cinta Korporat dan Idaman.

Mendirikan rumah tangga dengan Daud Leroy Abdullah semenjak 22 tahun lalu, wanita yang mesra disapa sebagai Azah ini dikurniakan tiga orang anak, Aaron, 22, Brian, 15 dan Justin 12 tahun.

Today kita upload this telemovie 'Siapa H H? Kat my youtube channel , ramai hero Malaya 90s diantaranye my teenage crush Faizal Hussein ? masa I teenager gmr dia Ada tampal Kat dinding bilik ?, n tak sangka dpt berlakon dgn dia even only 1 drama , suka tak terkata ??? Selamat menonton even ending story tergantung ???

A post shared by Norazah Aziz-KL-Montreal ? (@azahmontreal) on

Disbbkan @shieraijoy buat throwback gmr khawin dia, since kita tak dpt dtg masa dia khawin dgn ijoy sbb sarat mengandung 2nd baby, kita dah pindah Canada ??, so kita jeles sbb tak de gmr dgn Dia, so kita terjumpa gmr ni masa dia khawin yg 1st ?? , ni kita yg makeup kan dia , safe budget sbb khawin cowboy time tu ?,? U BFF ? Happy Anniversary till janah ? #happyanniversarymybff #keepgoodmemories #i❤u #igsayasayapunyasuka? #okbye✌

A post shared by Norazah Aziz-KL-Montreal ? (@azahmontreal) on


Azah yang kini menetao di Montreal, Canada ini sering berinteraksi dengan peminat menerusi laman sosial Instagram miliknya, @azahmontreal.

Menerusi kemas kini terbaru laman Instagram Azah, pelakon telefilem Selamat Hari Jadi Su ini pulang bercuti di Kuala Lumpur bersama anak sulungnya, Aaron untuk bertemu dengan keluarga dan menyelesaikan beberapa urusan.

Welcome to KL ???❤ #hometown

A post shared by Norazah Aziz-KL-Montreal ? (@azahmontreal) on


Azah sempat menghabiskan masa bersama keluarga kakaknya dan Azah turut menghilangkan kerinduan menjamah makanan kegemarannya, mi kari dan durian.

Reunion with my sis ❤?? n eating my fav food mee Kari ✔ n durian✔ ?

A post shared by Norazah Aziz-KL-Montreal ? (@azahmontreal) on


Dalam pada itu, Azah sempat mengajar anaknya untuk menikmati durian buat pertama kalinya dan memuat naik sedutan video pengalaman pertama Aaron makan durian.

$10 for eating durian lol ?? 1st time for Aaron ? , tomorrow fasih cakap Malay ??

A post shared by Norazah Aziz-KL-Montreal ? (@azahmontreal) on


"$10 for eating durian lol. First time for Aaron, tomorrow fasih cakap Malay," tulis Azah.

Selain terhibur menyaksikan gelagat lucu Aaron yang sedang menikmati durian, netizen sempat memuji ketampanan rupa paras Aaron.

"Haha comel je muka telan durian," tulis seorang pengguna bernama aina_sm88.

"Cute lah makan durian," tulis mrsronakami.

"Kalau jadi pelakon. Mesti boleh menang anugerah artis paling handsome," tulis anniezaharul.

Tadi mak menung , now anak lak menung ??? happy friyeahh ?❤ #thinkingaboutmountrinjani #aaronsayhi #okbye✌?❤??

A post shared by Norazah Aziz-KL-Montreal ? (@azahmontreal) on

Brown or Black ? ??? at the end he choose Brown ???

A post shared by Norazah Aziz-KL-Montreal ? (@azahmontreal) on

Hiking with the kids today ??? #eastermonday #noschool #hiking

A post shared by Norazah Aziz-KL-Montreal ? (@azahmontreal) on


Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Azah