Pelakon dan penerbit filem Tamil, Kamal Haasan mengesahkan dirinya positif virus mengancam nyawa, COVID-19.

Berkongsi perkara terbabit di Twitter, kata Kamal, 67, dia disyaki dijangkiti virus terbabit selepas pulang dari Amerika Syarikat.

"Selepas saya pulang dari Amerika Syarikat (AS) saya mengalami gejala batuk ringan. Saya menjalankan ujian dan disahkan positif.

"Saya menjalani kuarantin di hospital. Saya harap semua dapat memahami yang wabak ini belum berakhir dan bertindaklah sewajarnya," tulisnya.

Kamal berada di Chicago, Amerika Syarikat untuk melancarkan jenama fesyennya, House of Khaddar.

Setiba di India, Kamal kembali ke set penggambaran rancangan Bigg Boss Tamil.

Difahamkan, Kamal telah lengkap vaksinasi COVID-19.

Dalam perkembangan terbaharu, Kamal telah dimasukkan ke pusat perubatan Sri Ramachandra kerana mengalami demam dan jangkitan pada saluran pernafasan. Keadaannya dilaporkan stabil.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!