Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pulang Dari Makkah, Hajah Nelydia Senrose & Suami Disambut Dengan Majlis Kesyukuran

Azwa Rahman
29/07/2022 08:40 MYT
Pelakon jelita Hajah Nelydia Senrose dan suami, Haji Hafez Halimi disambut dalam sebuah majlis kesyukuran selepas selamat sampai ke tanah air selepas mengerjakan ibadah haji pada Rabu.

Sepupunya yang juga pelakon Aprena Manrose berkongsi momen ketika majlis kesyukuran yang disambut serba sederhana itu untuk tatapan umum.

“Majlis kesyukuran kepulangan Hajah Nelydia dan Haji Hafez, tazkirah dari Ustaz Subki, syukur ya Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian berdurasi hampir 21 minit itu menunjukkan Nelydia memakai jubah berona hijau lembut disamping suaminya yang mengenakan jubah serba putih.

A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya turut sama memanjatkan kesyukuran di atas kepulangan Nelydia dari Tanah Suci.

Pada 3 Julai lalu, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28, dan Hafez memuat naik foto di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berangkat menunaikan rukun Islam ke-lima.

Sekadar info, pelakon drama bersiri Khilaf Asmara itu mendirikan rumah tangga bersama Hafez pada April 2019.
#Hafez Halimi #Hajah Nelydia Senrose #Nelydia balik haji