Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pulang Ke Kampung Ketika PKP, Ini Pesan Normala Samsudin Bila Rentas Negeri

Syafiqah Jalal
18/02/2021 01:24 MYT
Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin bersyukur kerana diberi kebenaran untuk merentas negeri bagi menziarahi ibunya yang kurang sihat di kampung.

Menurut Normala permit untuk merentas negeri yang diberi hanya dua malam dan ini pesannya jika sesiapa yang diberikan kebenaran yang sama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“Terlanjur bersiap nak balik dah, sebab permit hanya dua malam, dan jangan rentas kawasan tanpa kebenaran.

“Kalau dapat permit jangan ambil kesempatan pula ya. Kami berdua saja, tidak ramai dalam kereta,” pesannya.
Normala berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Meskipun hanya dapat bersua sebentar dengan ibunya, Normala akui hatinya kini berasa lega dan tenang.

“Selesai sudah urusan dengan mak dan boleh tidur dengan tenang lepas ini. Saya rasa semua orang akan berperasaan sama bila sesuatu berlaku pada keluarga.

“Ada kebaikan hikmah di sebalik sesuatu musibah, Allah Maha Mengetahui,” katanya lagi.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata meluahkan rasa kerinduan yang sama pada ibu masing-masing sejak PKP dilaksanakan.
#Kampung #Normala Samsudin #PKP #Rentas Negeri
;