Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Pulangkan Dulu Semua Hak Aku!" - Ezlynn Tuntut Bekas Suami Selesaikan Hutang Sebelum Jual Rumah

Rozaimi Zubaidi 07/05/2019 | 05:11 MYT
Penyanyi Ezlynn Ariffin menuntut bekas suaminya, Adam Fahmy membayar hutang berjumlah RM23,642 dan menyelesaikan bil tertunggak terlebih dahulu sekiranya mahu menjual rumah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ezlynn mendedahkan bahawa suaminya memberi alasan untuk tidak membayar hutang tersebut kerana artis lain yang berhutang dengannya.
"Sila bayar hutang yang awak hutang saya, jangan tak mengaku bila orang suruh bayar. Jangan tuduh orang lain yang hutang pulak.
"Kalau awak nak jual rumah ni bayar dulu bil-bil yang tertunggak yang awak tinggal dulu. RM 13k service, electric bills RM 4K dan semua hasil kerja aku selama 11 tahun pulangkan dulu semua hak aku.
"Baru kau ada hak dalam hasil jualan rumah ni. Mengerti? Tolong sampaikan pesanan ini kepada sipolan sebab sipolan block saya.
"Nama penuh Adam Fahmy Shamsudin tolong tag manusia ni. Menyusahkan hidup orang.
"Alasan dia tak nak bayar hutang katanyer Siti Saleha yang hutang saya. Dia boleh tuduh Siti Saleha pulak, kesian budak tu, tak pasal-pasal kena," tulisnya.

#handwriting #someoneowememoney #silabayar #mintaktolongbayar #jangansalahkanorglain Sila bayar hutang Yang awak hutang Saya .. jangan tak mengaku bila org suruh bayar .. jangan tuduh org lain Yang hutang pulak .. Kalau awak nak jual rumah ni bayar dulu bill2s Yang tertunggak Yang awak tinggal dulu .. rm 13k service , electric bills rm 4K . Dan semua hasil kerja aku selama 11thn pulangkan dulu semua Hak aku .. Baru kau ada Hak dalam hasil jualan rumah ni.. mengerti??! Tolong sampaikan pesanan Ini kepada sipolan ,sbb sipolan block Saya . Nama penuh ..Adam Fahmy Shamsudin tolong tag manusia ni .. menyusahkan kan hidup org .. Alasan dia tak nak bayar hutang katanyer Siti Saleha Yang hutang Saya .. dia boleh tuduh Siti Saleha pulak.. kesian budak tu ,tak pasal2 kena .

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar Ezlynn dapat selesaikan masalah ini dengan baik dengan bekas suaminya.
Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011 namun bercerai pada 23 Oktober 2017.
#Penyanyi #Penyanyi #Ezlynn Ariffin
;