Gaya Hidup

Pulau, Alam Semulajadi & Tanah Tinggi, Ini 5 Lokasi Bulan Madu Dalam Malaysia Paling ‘Onz’ Tahun 2020

gempak
Azwa Rahman
23/01/2020
09:59 MYT
Sponsor Banner
Pulau, Alam Semulajadi & Tanah Tinggi, Ini 5 Lokasi Bulan Madu Dalam Malaysia Paling ‘Onz’ Tahun 2020
Pasangan baru berkahwin atau yang merayakan ulang tahun perkahwinan pastinya sedang mencari lokasi yang romantik untu meraikan momen indah mereka.
Selain memilih destinasi luar negara, lokasi dalam Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila ada pelbagai tarikan yang menjanjikan pengalaman menyeronokkan.
Dah ambil cuti, jom semak 5 lokasi bulah madu paling ‘onz’ untuk anda jelajah bersama pasangan!
1. Pulau Tioman, Pahang
Air laut jernih bak kristal pastinya membuatkan ramai pasangan memasang impian untuk travel ke sini. Menjadi salah satu pulau tercantik di negeri Pahang, pulau Tioman menjadi lokasi ‘underrated’ untuk pasangan suami isteri menghabiskan masa bersama.
Aktiviti yang boleh dilakukan:
  • Menikmati pantai yang indah
  • Snorkeling atau menyelam untuk menyaksikan hidupan marin Tioman yang eksotik
  • Menjelajah kawasan kampung pulau Tioman yang kaya dengan air terjun.
2. Kota Kinabalu, Sabah
Negeri Di Bawah Bayu ini menjanjikan keseronokan yang padat untuk pasangan yang berbulan madu. Sabah merupakan sebuah negeri yang lengkap dengan pelbagai landskap alam semulajadi seperti tanah tinggi, pulau dan bandar yang gah.
Aktiviti yang boleh dilakukan:
  • Merasai dingin bayu di daerah Kundasang
  • Menjelajah pulau-pulau peranginan popular
  • Menikmati makanan laut yang segar
3. Pulau Pangkor, Perak
Salah satu pulau terkenal di negeri Perak, pulau kecil ini turut mempunyai tarikannya yang tersendiri. Anda boleh memilih untuk menginap di villa yang ada di pulau ini dan dapatkan layanan serba mewah.
Aktiviti yang boleh dilakukan:
  • Menikmati matahari terbenam di kawasan pantai yang cantik.
  • Aktiviti sukan air seperti banana boat dan jet-ski di Teluk Nipah dan Teluk Bogak.
  • Parasailing!
  • Menaiki motorsikal romantic mengelilingi pulau.
4. Pulau Rawa, Johor
Antara ‘hidden gem’ yang masih terpelihara di selatan tanah air, Pulau Rawa terletak di daerah Mersing. Hanya ada dua resort sahaja di pulau kecil ini, pastinya pasangan berbulan madu akan mendapat sepenuh privasi apabila mengunjungi pulau indah ini.
Aktiviti yang boleh dilakukan:
  • Snorkeling untuk melihat hidupan marin yang cantik.
  • Menjelajah hutan.
  • Berjalan mengelilingi pulau.
5. Georgetown, Pulau Pinang
Lebih dikenali sebagai Pulau Mutiara, Pulau Pinang menjanjikan alam semulajadi terpelihara, pelbagai hidangan enak dan budayanya yang kaya. Tidak rugi kalau anda menghabiskan masa di pulau ini.
Aktiviti yang boleh dilakukan:
  • Menyelusuri bandar Georgetown menaiki beca roda tiga.
  • ‘Food hunting’ bersama pasangan.
  • Menikmati matahari terbenam di Batu Ferringhi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live