UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Gaya Hidup

Pulau Sipadan Akan Ditutup Setiap Disember Bermula Tahun 2020

Azwa Rahman 07/08/2019 | 08:58 MYT
Pulau peranginan terkenal di pantai timur Sabah, Pulau Sipadan akan ditutup untuk semua aktiviti laut sepanjang Disember bermula pada tahun 2020.
Langkah ini berikutan satu inisiatif untuk memberi tempoh memulihkan persekitaran laut di pulau berkenaan.
Menurut notis yang dikeluarkan Taman-Taman Sabah yang bertarikh 31 Julai, penutupan itu dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pulau Ligitan dan Sipadan yang dicadangkan pada 25 Januari yang lalu.
Menurut Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew, bulan Disember dipilih kerana ia adalah musim paling kurang aktiviti menyelam.
“Penutupan sementara selama sebulan itu adalah untuk memberi ruang kepada kehidupan batu karang dan marin dipulihkan
“Kumpulan operator aktiviti menyelam sendiri mencadangkan perkara ini dan mereka bersetuju dengan sebulat suara,” katanya kepada Harian Metro.
Pulau Sipadan yang terletak di Semporna ini terkenal dengan keindahan hidupan marinnya dan sering menjadi pilihan penyelam skuba untuk aktiviti menyelam.
Buat masa kini, jumlah pelawat ke Pulau Sipadan dihadkan untuk satu-satu masa.
Jumlah maksimum yang dibenarkan adalah seramai 156 penyelam setiap hari, manakala bagi aktiviti snorkeling pula hanya dibenarkan dengan permit khas tidak lebih daripada 20 orang sehari.
Sumber: Harian Metro
#Malaysia #Travel #Pulau
;