Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pulih COVID-19, Perdana Menteri Britain Kembali Bertugas

Asraf Aided
27/04/2020 06:18 MYT
Perdana Menteri Britain Boris Johnson kembali bertugas hari ini (Isnin) selepas menjalani rawatan selama tiga minggu untuk pulih daripada jangkitan COVID-19, lapor AWANI.

Johnson telah berada satu minggu di hospital dan dua minggu lagi di kediaman rasminya.

Bagaimanapun, jurucakap negara itu enggan mendedahkan kedudukan Johnson ketika ini.

Memetik sumber kerajaan sebelum ini, Johnson tidak sabar untuk mula bekerja dan akan bertemu Setiausaha Kesihatan Matt Hancock selain dijadualkan mempengerusi taklimat harian mengenai COVID-19 pada Isnin.

Sebaik memulakan tugasnya, Johnson dijangka bergelut dengan isu sama ada akan melonggarkan sekatan memandangkan jangkitan dan kemasukan ke hospital menunjukkan penurunan.

Johnson disahkan dijangkiti COVID-19 pada akhir Mac dan dimasukkan ke Hospital St Thomas pada 5 April, sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada hari berikutnya.





UK pada Ahad mencatatkan 413 kematian baru. Angka berkenaan menjadikan kematian terkumpul sebanyak 20,732 orang.

Jumlah tersebut adalah kenaikan kematian harian terendah yang dilaporkan Britain sejak 31 Mac.

Angka positif meningkat 4,000 kes kepada 152,000 orang.

Sumber : Astro AWANI
#Britain #COVID-19 #Boris Johnson
;