Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Pulun Kedah Pulun!” - Bakal Gegar Bukit Jalil, Skuad Hijau Kuning Tiba Bergaya Dengan Pesawat Mewah

Azwa Rahman
01/11/2019 10:58 MYT
Pasukan Kedah tampil penuh bergaya apabila selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang menggunakan pesawat mewah.

Menerusi laman sosial Facebook rasmi kelab bola sepak itu, mereka berkongsi beberapa keping foto pasukan tersebut ketika berada di dalam pesawat berkenaan.

“Alhamdulillah, rezeki buat skuad hijau kuning menaiki pesawat Weststar menuju Subang. Suntikan moral buat pasukan menuju Bukit Jalil!” tulis pengurusan pasukan itu menerusi ruangan kapsyen.

Pesawat mewah yang ditaja oleh The Weststar Group merupakan milik Pengarah Urusan yang juga seorang jutawan terkenal iaitu Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim.


Penghargaan itu dilihat turut menaikkan semangat dan moral pasukan Kedah yang bakal berentap menentang skuad Harimau Selatan.

Meninjau ruangan komen, ketibaan skuad Lang Merah tersebut mendapat pujian wargamaya apabila rata-rata memuji tindakan murni jutawan yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu.

Pastinya kehangatan merebut piala berprestij bola sepak Malaysia ini sangat dinantikan oleh para penyokong kedua-dua negeri.



Pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini, Kedah bakal bertemu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bukit Jalil tepat jam 9 malam.

Kedua-dua pasukan diberi kuota tiket sebanyak 25,860 tiket bagi dewasa dewasa dan 750 tiket bagi kanak-kanak kepada penyokong masing-masing.
#Bola Sepak #Kedah #Piala Malaysia