Pelakon Fiza Halim akhirnya mengesahkan perkahwinannya dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri sudah pun berakhir pada 22 Julai tahun lalu..
Menurut Fiza yang juga bekas anggota kumpulan Elite itu dia diceraikan melalui aplikasi WhatsApp.
"Saya ambil masa untuk merungkai perkara sebenar... Ia bukan mudah. Baru sekarang saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri.
"Kami bercerai talak satu. Saya diceraikan melalui aplikasi WhatsApp.
"Punca atau sebab kenapa kami berpisah, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tidak mahu membuka aib sesiapa," katanya.
Pasangan itu berkahwin pada Disember 2016 dan mereka dikurniakan cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun.
Bukan mudah untuk melalui episod perceraian sebanyak tiga kali dan Fiza sedar ia mengundang persepsi serong masyarakat.
"Pasti ada yang akan memandang serong. Namun, saya hanya manusia biasa yang tidak lepas diuji.
"Saya tak hidup dek puji, tak mati dek keji," katanya.
Sementara itu, Fiza menjawab gosip konon berkahwin dengan pelawak, Saiful Apek gara-gara tersebar foto mesra mereka yang dikongsi Fiza di Instagram (IG).
"Tidak ada istilah saya menjadi isteri keduanya. Kami hanya bertemu di sebuah program 'game show'. Foto yang tular itu dirakamkan isterinya sendiri.
"Kami sama-sama ketawa apabila mendapat tahu gosip bertebaran," katanya.
Dalam perkembangan lain, Fiza beruntung kerana bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin sentiasa memberi perhatian terutama kepada dua anak mereka, Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.
Fiza dan Ahmed Farriq bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.
Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.
Sumber: Berita Harian
Syafiqah Jalal
Mon May 10 2021


Umur 92 Tahun, Rupert Murdoch Bakal Kahwin Kali Kelima
Kalau dah jodoh kan.

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Takutnya, semoga Salman dilindungi.

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Puteri Sarah jawab dakwaan Syamsul.

Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Syamsul failkan permohonan nusyuz.

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.

"Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang Itu 50-50” - Hafidz Roshdi
Semoga dipermudahkan