,
Berita

Punya Aset RM2.4 Bilion, Rihanna Masuk Daftar Wanita Terkaya US Versi Forbes

Maliah Surip
19/10/2020
15:22 MYT
Penyanyi Rihanna diumumkan majalah Forbes sebagai wanita terkaya self made di Amerika Syarikat (US) dengan kekayaan bersih menjangkau sebanyak RM2.4 bilion.
Kategori self made adalah label yang diberikan kepada figura yang memiliki kekayaan atau aset melalui hasil usaha mereka sendiri, bukan didapatkan daripada warisan keluarga.
Menurut laporan Yahoo, penyanyi kelahiran Barbados itu duduk di tangga ke 33 individu terkaya self made US. Aset sebanyak RM2.4 bilion tersebut adalah keuntungan bersih yang diperolehi Rihanna dari karya muzik dan jenama kosmetik Fenty Beauty, yang dia miliki bersama label mewah LVMH.
Tidak hanya itu, penyanyi R&B tersebut juga memiliki bisnes lain salah satunya adalah jenama Savage X Fenty yang memproduksi pakaian dalam dengan TechStyle Fashion Group sebagai pelabur mereka.
Selain Rihanna, dalam daftar yang dirilis Forbes, ada beberapa nama selebriti lain yang dinilai kaya termasuk Madonna, Beyonce dan Celine Dion serta Lady Gaga.
Sementara itu sejak pandemik Covid 19 melanda dunia, Rihanna juga terlibat dalam beberapa projek mengumpul dana dan menderma . Dia bahkan telah menderma sekitar RM33 juta kepada yang memerlukan.
Kredit Foto: Stail Caster
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat

gempak
12/09/2024
02:25 MYT
Pelakon berusia 29 tahun, Sirilak Kwong atau Lingling Kwong boleh dianggap sebagai selebriti yang bertuah.
Hollywood

Selena Gomez Kini Bilionair, Miliki Nilai Kekayaan Sebanyak ...

gempak
08/09/2024
09:50 MYT
Selena Gomez baru berusia 32 tahun namun jangan main-main apabila menyebut tentang aset atau kekayaan yang telah dimiliki oleh bintang Hollywood ini.
Hiburan

Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

gempak
06/07/2024
16:24 MYT
Anant Ambani, 29, akan disatukan dengan teman wanitanya, Radhika Merchant, dalam sebuah majlis yang dilabel sebagai 'wedding of the year'.
Hiburan

Kalahkan Rihanna, Justin Bieber Dibayar RM47 Juta Menyanyi Di Pra Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Di Asia

gempak
06/07/2024
13:30 MYT
Pesta mewah menuju perkahwinan Anant Ambani dan Radhika Merchant kembali berlangsung.
Unitar