,
Laman Utama

Punya Elemen Anime & Muzik Melayu, Yang Asli Versi Jepun Jadi Penghormatan Margasatwa Buat Olimpik Tokyo 2020

Maliah Surip
02/08/2021
22:15 MYT
Bersempena Olimpik Tokyo 2020, Margasatwa telah merakamkan semula lagu Yang Asli dalam versi bahasa Jepun sebagai tanda penghormatan kepada pasukan Malaysia yang telah ke Tokyo untuk mengharumkan nama negara.
Ini juga merupakan sebuah kolaborasi antara Margasatwa dan CakapJepun.com, sebuah pusat pembelajaran Bahasa Jepun yang ditubuhkan oleh anak tempatan yang merupakan graduan Universiti di Jepun.
Menurut Kimal, inisiatif mereka bukan ditujukan hanya buat atlet yang berjuang, tetapi juga untuk rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan pelbagai cabaran.
“Kami bukan sekadar nak tujukan pada atlet negara yang tengah berjuang,tapi untuk semua rakyat Malaysia yang sekarang tengah berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.
Yang Asli liriknya telah dihasilkan oleh Kimal bertepatan dengan tema semangat Olimpik.
"Terjemahan ke dalam Bahasa Jepun oleh Izzat Sensei dari CakapJepun.com memberikan makna yang lebih mendalam.”
“Apapun pencapaian oleh atlet negara pada Temasya Sukan Olimpik, kita seharusnya bangga dan memberi sokongan penuh kepada mereka sewaktu menang ataupun kalah kerana mereka telah berjuang dan melakukan yang terbaik demi Malaysia," katanya lagi.
Kimal yang merupakan vokalis dan komposer utama Margasatwa merupakan seorang graduan dari Tokai University, Jepun.
Menyelami karya Yang Asli, Dr. Abdul Nasir, Pensyarah dan salah seorang Alumni Universiti Jepun menyifatkan ia sebagai kreatif dan klinikal.
Beliau berpendapat pendengar dihidangkan dengan intro bunyi muzik melayu dan anime sekaligus mengimbau zaman Gaban dan Kesatria Baja Hitam.
“Ini juga sebuah hiburan berbentuk pelajaran Bahasa Jepun. Para pendengar boleh merujuk kepada sarikata pada Video di Youtube untuk belajar sedikit sebanyak Bahasa Jepun dan terjemahan dalam Bahasa Melayu," kata Fadhil, selaku penyusun lagu dan pemain gitar utama Margasatwa.
Kolaborasi ini adalah yang pertama kali sedemikian rupa dan mendapat perhatian ramai pendengar muzik dan penikmat Sukan Olimpik dari negara Malaysia dan Jepun. Ini merupakan sebuah inisiatif yang baik untuk mengukuhkan hubungan dua negara serta rakyatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lima Kumpulan AKB48 Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di KL, Ada Yang Sanggup Turun Dari Jepun!

gempak
21/08/2024
12:23 MYT
Konsert AKB48 Group Live in KL 2024 ~ First Cry ~ di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan sambutan luar jangka lebih 2,000 peminat tempatan dan luar negara!
Berita

Gara-Gara Gunting Hilang, Ratusan Penerbangan Tergendala Di Jepun

gempak
21/08/2024
05:55 MYT
Sebanyak 36 penerbangan terpaksa dibatalkan manakala 201 lagi ditangguhkan di Jepun, gara-gara sebilah gunting hilang di sebuah kedai berhampiran pintu masuk balai pelepasan.
Sukan

Pelumba Basikal Trek Jepun Shinji Nakano Mohon Maaf - "Jangan Hina Nama Keluarga Saya"

gempak
12/08/2024
17:50 MYT
Pelumba basikal trek Jepun, Shinji Nakano, memohon maaf, atas insiden pelanggaran dengan wakil negara, Shah Firdaus Sahrom, yang meragut peluang membutirkan pingat dalam acara final keirin Sukan Olimpik Paris 2024 kelmarin.
Sukan

Shah Firdaus Gesa Netizen Henti Serang Atlet Jepun Shinji Nakano

gempak
12/08/2024
17:16 MYT
Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, menggesa rakyat Malaysia untuk berhenti menyerang Shinji Nakano, menegaskan wakil Jepun itu tidak sengaja melakukan pelanggaran dalam aksi final keirin Sukan Olimpik Paris semalam.
Viral

Rempuh Shah Firdaus, Ruang Media Pelumba Basikal Jepun Tak Henti Diserang Netizen!

gempak
12/08/2024
01:37 MYT
Media sosial pelumba berbasikal trek Jepun, Shinji Nakano diserang ‘netizen’ Malaysia susulan didakwa menjadi punca Muhammad Shah Firdaus Sarom terjatuh sekali gus terlepas pingat di pentas Sukan Olimpik Paris 2024.