Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Punya Masalah Kesihatan Mental, Pelawak Dan Hos Korea Selatan, Park Ji Sun & Ibu Ditemui Mati

Maliah Surip
02/11/2020 09:15 MYT
Dunia Korea Selatan sekali lagi dikejutkan dengan kematian selebriti mereka. Kali ini seorang pelawak dan hos wanita, Park Ji Sun dilaporkan ditemui meninggal dunia bersama ibunya pada Isnin, 2/11/2020.

Menurut laporan media Korea, mayat Ji Sun dan ibunya ditemui oleh bapa komedian itu di kediaman mereka di Mapogu, Seoul.

Bapanya berasa bimbang selepas Ji Sun tidak menjawab panggilan telefon. Dia kemudian menghubungi pihak polis dan pulang ke rumah bersama polis. Malangnya, sebaik sampai di rumah, mereka menemukan mayat dua beranak ini.

The Korea Herald melaporkan wanita berusia 36 tahun ini diketahui sedang menjalani rawatan berkaitan masalah kesihatan mental. Ibunya datang ke Seoul untuk menemani Ji Sun.

Walaupun punca kematian keduanya belum diketahui secara rasmi, namun ada laporan mendakwa mungkin ia berkaitan dengan bunuh diri.

Ji Sun memulakan kariernya pada tahun 2007 dan sejak itu menjadi terkenal kerana terbabit dalam banyak program hiburan tempatan. Dia pernah membintangi sitkom High Kick! 3 pada 2012.

Selain itu, dia juga diketahui akrab dengan banyak bintang K Pop termasuk pernah menjadi hos bagi program comeback seperti untuk EXO dan NC. 

Kredit Foto: AllKPop


 
#Mati #Masalah Mental #Park Ji Sun