Hiburan

"Punyalah Risau Kali Pertama Nak Kena Belah Perut..." - Nourul Depp Kongsi Pengalaman Bersalin

gempak
Zulaikha Yusof
17/01/2020
02:56 MYT
Sponsor Banner
"Punyalah Risau Kali Pertama Nak Kena Belah Perut..." - Nourul Depp Kongsi Pengalaman Bersalin
Penyanyi Nourul Depp berkongsi pengalaman bersalin anak lelakinya, Raphael bersempena ulang tahun kelahirannya yang kelima semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nourul mendedahkan itu adalah pengalaman kali pertama perutnya dibelah.
"Masa ni 5.10 pm baru ja dia keluar dari bilik pembedahan kat Prince Court nu. Ya. Dengan si anak lelaki kedua ni kami kena belah perut.
"Dia pun keluar awal. 34 minggu dia haru nak tengok dunia dah! Kami kena placenta previa kat dia. So dia merasmikan keluar kot tingkap.
"Apa apa pun tak kisahlah. Janji selamat. Masa tu punyalah risau kali pertama nak kena belah perut. Penakut nak mampuih," tulisnya.
Dalam pada itu, Nourul turut berpesan kepada segelintir wanita supaya menuruti arahan doktor daripada menanggung risiko tinggi ketika melahirkan cahaya mata.
"Doktor Aziz kata bersedia na. Memang kena sedia lah. Mana boleh paksa nak normal. Sat lagi naya ja tempah kain kapan kami. Nauzubillah.
"Ada ibu yang degil na bila dia tau dia ada condition macam kami contohnya dia tak mau operate.
"Paksa jugak nak normal. Ada kes sama ada anak pi dulu atau mak dia yang gol. Jaga na. Jangan tak dengar cakp doktor. Depa lagi tau.
"Alhamdulillah okay ja pun operate. Raphael dah 5 tahun dah.
"Syukur alhamdulillah bersyukur sangat-sangat dengan kesihatan dan segala yang Allah bagi pada kami, pada Raphael dan sekeluarga.
"Awat hang putih sangat?! Bila bawak berjalan orang tengok especially di France. Depa kata kami maid dari Sri Lanka. Happy birthday Raphael. Mama love you," tulisnya lagi.
#raphaeldepp turns 5! . Masa ni (5:10pm) baru ja dia keluaq dari bilik opération kat Princecourt nu. Ya. Dengan si anak lelaki kedua ni kami kena belah pequt (perut) . Dia pun keluaq awai. 34 minggu dia haqu nak tengok dunia dah! Kami kena placenta previa kat dia. So dia merasmikan keluaq kot tingkap ? . Apa apa pun tak kisahlah. Janji selamat. Masa tu punya lah risau kali pertama nak kena belah pequt. Penakut nak mampuih ? . Doktor aziz kata bersedia na. Memang kena sedia lah. Mana boleh paksa nak normal. Sat lagi naya ja tempah kain kapan kami. Nauzzubillah... . Ada ibu yang degil na bila dia tau dia ada ondition macam kami contohnya; dia takmau operate. Paksa jugak nak normal. Ada kes samada anak pi dulu atau mak dia yang gol. Jaga na. Jangan tak dengaq cakp doktor. Depa lagi tau. . Alhamdulillah okay ja pun operate. Raphael dah 5 tahun dah. Syukur Alhamdulillah bersyukur sangat2 dengan kesihatan dan segala yang Allah bagi pada kami, pada Raphael dan sekeluarga. ?? . Awat hang putih sangat ?! ??? bila bawak berjalan orang tengok especially di france ???. Depa kata kami maid dari sri lanka ????? . Happy birthday Raphael. Mama love you #littledepp #deppfamily #thedepps
A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Nourul pernah berkahwin dengan komposer Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan bercerai pada 28 Februari 2007.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.
Kemudian Nourul melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live