Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pusat Kuarantin COVID-19 Seluruh Negara Terima Decoder NJOI & Set TV!

Asraf Aided
04/03/2021 06:14 MYT
Sebanyak 17 pusat kuarantin COVID-19 dan Pusat Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) seluruh negara akan menerima decoder NJOI dan set TV secara percuma.

Dengan akses kepada 30 saliran daripada berita, sukan dan hiburan, NJOI akan membuatkan 6.500 orang di PKRC sentiasa mengetahui pelbagai info dan terhibur.

Pengarah NJOI, Mazhairul Jamaludin berkata, pihaknya berterima kasih kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kerana memberi peluang tersebut.

"Sebagai sebahagian daripada komuniti NJOI, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NADMA kerana memberi peluang kami menghiburkan mereka di PKRC dan menyajikan pelbagai informasi menerusi pelbagai saluran berita dan hiburan sepanjang tempoh kuarantin mereka," katanya.

Untuk makluman, PKRC diuruskan di bawah pihak NADMA.

Acara serahan diadakan di PKRC di MAEPS, Serdang pada Selasa. Mazhairul telah menyerahkan decoder NJOI dan set TV kepada Pengarah Operasi NADMA, Datuk Hussein Omar Khan dan Pengarah MAEPS PKRC 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim.

#NJOI #COVID-19 #Pusat Kuarantin