Pusat Tahfiz Hampir Siap Sepenuhnya, Vida Letak Nama 2 Arwah Anak - “Tahfiz Ini Ditanggung Sendiri Oleh…”
Asyikin Mayudin
14/02/2024 08:50 MYT
14/02/2024 08:50 MYT
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida meluahkan rasa syukur apabila pusat tahfiz miliknya hampir siap sepenuhnya.
BERITA TRENDING : Isu Marissa Kahwin Aslam, Vida Tertanya-Tanya Kenapa Dilahirkan Dengan Wajah Cantik Tetapi Ambil…
Menerusi perkongsian di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, berkata kos penubuhan pusat tahfiz tersebut ditanggung sendiri oleh dia dan syarikat miliknya.
"Alhamdulillah sekolah tahfiz saya hampir siap. Sudah 99 peratus siap sekolah tahfiz ini. Tahfiz ini ditanggung sendiri oleh saya dan syarikat saya," kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Vida atau mesra disapa dengan DSV turut berkongsi pemandangan di luar kawasan tahfiz berkenaan.
Sementara itu, usahawan yang berasal dari Kelantan itu berkata dia akan menamakan pusat tahfiz tersebut dengan nama dua orang arwah anaknya iaitu Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie.
"Dulu saya nak letak nama tahfiz ini Tahfiz DSV, tetapi saya tukar letak nama dua putera saya di syurga. Jadi namanya Al Zuhdie Wa Zikrie," ujarnya lagi.
Sekadar info, Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie dilaporkan telah meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh pada Ogos 2013.
undefined