Hantaran yang dibuat oleh usahawan dan pempengaruh, Cik Epal berjaya menarik perhatian netizen pagi ini.
Dengan kapsyen yang ringkas, Cik Epal meminta untuk orang ramai menghayati lirik lagu Hantu atau Buaya nyanyian Nana Sheme yang diputarkan menerusi hantaran tersebut.
“Boleh tuju lagu?
“Hayati semua liriknya, manjah. Tibah” kata Cik Epal Ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, netizen membuat andaian bahawa lagu itu ditujukan kepada wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Cik Epal dan Jofliam.
_3.png)
Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah berpisah dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.