Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Putarkan Lagu Hantu Atau Buaya, Cik Epal Tuju Dekat Siapa?

Asyraf Roslan
22/10/2024 01:25 MYT
Hantaran yang dibuat oleh usahawan dan pempengaruh, Cik Epal berjaya menarik perhatian netizen pagi ini.

Dengan kapsyen yang ringkas, Cik Epal meminta untuk orang ramai menghayati lirik lagu Hantu atau Buaya nyanyian Nana Sheme yang diputarkan menerusi hantaran tersebut.

“Boleh tuju lagu?

“Hayati semua liriknya, manjah. Tibah” kata Cik Epal Ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, netizen membuat andaian bahawa lagu itu ditujukan kepada wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Cik Epal dan Jofliam.


A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06)

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu Banyak Fitnah, Dewi Tampil Beri Penjelasan - “Sejujurnya Saya Lebih Rela Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal Mohon Maaf Soal Isu Tak Jaga Iddah - “Saya Akan Perbaiki Kelemahan, Siapa Je Kahwin Nak Bercerai…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pilih Untuk Tidak Bercerita Sebab Tak Nak Ada Aib Bekas Suami Yang Terbuka” - Cik Epal Dedah Jofliam Tak Curang

ARTIKEL BERKAITAN: “Selagi Bukan Zina…” - Netizen Nasihat Cik Epal Untuk Perbaiki Hubungan Bersama Jofliam

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah berpisah dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.

Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

#Dewi #Jofliam #Cik Epal
;