Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Putera Charles Disahkan Positif COVID-19

Asraf Aided
25/03/2020 13:06 MYT
Anggota keluarga diraja Britain, Putera Charles telah disahkan positif COVID-19 dan kini sedang mengkuarantinkan dirinya di Scotland.

Memetik laporan CNN, meskipun disahkan dijangkiti virus tersebut, namun keadaan kesihatan beliau dilaporkan berada dalam keadaan yang baik.

"Putera Charles telahpun disahkan positif COVID-19, beliau hanya menunjukkan gejala ringan, keadaan kesihatannya juga berada dalam keadaan yang baik.

"Beliau juga masih bekerja dari rumah seperti biasa sejak beberapa hari lalu.

"Putera Charles kini mengkuarantinkan diri di kediamannya di Scotland dengan nasihat kerajaan dan pihak perubatan," tulis sumber.



Walaubagaimanapun, punca sebenar jangkitan virus tersebut masih belum dapat dikenalpasti kerana beliau banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan beberapa minggu lalu.

Untuk perkembangan COVID-19 di negara kita, jumlah kes secara keseluruhan telah mencecah 1796 pesakit setakat jam 5.00 petang, 9 Mac 2020.

199 dari jumlah itu telahpun sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital manakala kes kematian adalah sebanyak 19 orang.

Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber : CNN, Instagram KKM
#Putera Charles #Positif #COVID-19
;