Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Putera Harry Dapat Baby Girl, Pilih Nama Lilibet Diana Sebagai Tanda Hormati Mendiang Puteri Diana

Mya Amri
07/06/2021 14:47 MYT
Pasangan diraja Britain, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle selamat menimang cahaya mata perempuan pada Jumaat.

Anak kedua mereka yang dilahirkan di California, Amerika Syarikat (AS) ini diberi nama yang cukup indah iaitu Lilibet "Lili" Diana Mountbatten-Windsor.

Pasangan itu dalam satu kenyataan memaklumkan ibu dan anak kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

Putera Harry dan Meghan menamakan anak kedua mereka dengan Lilibet sempena nama panggilan keluarga untuk Ratu dari keluarga diraja yang juga merupakan moyang kepada anaknya.

Difahamkan nama tengah itu juga diambil sebagai tanda penghormatan terhadap mendiang ibu tersayang, Princess of Wales, Puteri Diana.

Sebelum Lili, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki, Archie yang berusia setahun.

Sumber: BBC

#Bersalin #Anak perempuan #Putera Harry #Meghan Markle #Prince Harry