Putera Harry & Meghan Markle Bertunang, Bakal Kahwin Tahun Depan

Amri Hassan
November 27, 2017 11:28 MYT

Putera Harry dan pelakon drama bersiri Suits, Meghan Markle mengumumkan mereka sudah mengikat tali pertunangan dan bakal berkahwin pada awal tahun hadapan.

Menurut laporan Daily Mail, berita itu disahkan selepas terdapat khabar angin yang mengatakan Putera Harry, 33, telah melamar Meghan, 36, beberapa hari lalu.
Berita ini juga diumumkan menerusi laman Twitter rasmi Clarence House (@ClarenceHouse) yang memuat naik kemas kini mengenai The Prince of Wales and The Duchess of Cornwall.
“The Prince of Wales is delighted to announce the engagement of Prince Harry to Ms. Meghan Markle,” tulis laman Twitter tersebut.

The Duke and Duchess of Cambridge said of the engagement: 'We are very excited for Harry and Meghan. It has been wonderful getting to know Meghan and to see how happy she and Harry are together.'

— Kensington Palace (@KensingtonRoyal) November 27, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Merpati dua sejoli ini dilaporkan telah menjalinkan hubungan mesra sejak 16 bulan lalu.
Putera Harry juga dikhabarkan telah bertemu dengan ibu Meghan, Doria Ragland pada tahun lalu.
Sumber: Daily Mail & Twitter Clarence House
Foto: Popsugar

#Tunang #Putera Harry #Meghan Markle