Putera Harry, Meghan Markle & Britney Spears Antara Senarai 100 Individu Paling Berpengaruh TIME
Asraf Aided
17/09/2021 12:20 MYT
17/09/2021 12:20 MYT
Putera Britain, Putera Harry dan isterinya Meghan Markle merupakan antara individu yang tersenarai dalam 100 individu paling berpengaruh, majalah TIME.
Malah, pasangan Duke and Duchess of Sussex yang masuk dalam kelompok Ikon menjadi wajah di muka hadapan majalah berkenaan.
Menerusi sesi pemotretan tersebut, Putera Harry dan Meghan kelihatan memakai persalinan kasual berlatarbelakangkan pokok kehijauan. Ia juga menjadi cover majalah pertama yang dirakamkan pasangan tersebut pada tahun ini.
Menurut ketua pengarang majalah TIME, Edward Felsenthal, senarai 100 individu paling berpengaruh itu turut menggabungkan para pemimpin hebat dari seluruh dunia.
"Pemimpin yang luar biasa dari seluruh dunia, berusaha untuk membina masa depan yang lebih baik di saat dunia sedang mengalami krisis dan daya saing yang tinggi," katanya.
Sekadar info, Putera Harry dan Meghan Markle memutuskan untuk keluar daripada kehidupan diraja Britain dan berpindah ke California, Amerika Syarikat.
Pasangan itu kemudian mencetuskan kontroversi apabila muncul dalam temubual eksklusif bersama Oprah Winfrey dan membincangkan tentang tekanan dan kekangan yang dihadapi sebagai sebuah keluarga Diraja selain turun naik percintaan mereka.
Selain Putera Harry dan Meghan, senarai yang memang menjadi tradisi majalah tersebut sejak sekian lama ini turut menampilkan penyanyi popular Britney Spears, Billie Eilish, pemain tenis Jepun Naomi Osaka dan ramai lagi.
Untuk makluman, senarai 100 individu paling berpengaruh itu tidak disusun berdasarkan kedudukan.
Senarai itu merangkumi 54 wanita juga beberapa tokoh politik seperti Presiden Amerika Syarikat, Joe Bidden, Timbalan Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris dan bekas presiden negara tersebut, Donald Trump.
Sumber & Kredit Foto: Reuters