Putera Harry & Meghan Markle Timang Putera Sulung

Amri Hassan
Mei 7, 2019 02:03 MYT
Duchess of Sussex, Meghan Markle telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada awal pagi Isnin waktu tempatan.
Khabar gembira itu dikongsikan menerusi akaun media sosial diraja Britain @sussexroyal dan @royalfamily.
"Kami dengan sukacitanya mengumumkan Duke dan Duchess of Sussex telah menimang cahaya mata sulung pada padi Isnin (6 Mei 2019) dengan berat 3.2 kilogram.
"Duchess dan bayi dalam keadaan sihat dan pasangan itu berterima kasih kepada orang ramai yang turut berkongsi keterujaan dan sokongan," tulis akaun berkenaan.
Cahaya mata kepada Putera Harry dan isteri, Meghan Markle bakal menjadi ketujuh dalam barisan untuk mewarisi takhta, di belakang Putera Wales, Duke of Cambridge, anak-anaknya - Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis, diikuti oleh Duke of Sussex.
Pasangan tersebut mengumumkan kehamilan anak pertama itu pada 15 Oktober 2018, iaitu hari pertama dalam jelajah diraja di Australia dan New Zealand.
#Anak #Putera Harry #Meghan Markle