Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Putera Mateen Kahwin Januari 2024, Ramai Ker Patah Hati? - "Mesti Ada Tengah Nangis Bucu Katil"

Amri Hassan
08/10/2023 02:50 MYT
Sultan Brunei Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam awal tahun depan, lapor portal berita RTB Brunei.

BACA: Prince Abdul Mateen Of Brunei Listed Among The Sexiest Royals By People Magazine

BACA: Foto Kacak Putera Mateen Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan...


Putera Mateen, 32, adalah anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Sering mengambil bahagian dalam acara polo ekuestrian, Pengiran Muda Abdul Mateen pernah memenangi dua pingat gansa untuk Brunei di Kejohanan Sukan SEA.

Pengantin perempuan pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, penasihat khas kepada Sultan Brunei.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.



Majlis akad nikah pasangan ini dijadual berlangsung pada 11 Januari.

Acara puncak istiadat perkahwinan selama 10 hari ini merupakan Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Pasangan diraja ini kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.
Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam 15 Januari.

Sementara itu, meninjau di beberapa platform media sosial, ramai yang berkongsi rasa patah hati melihat putera pujaan ramai itu bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

"Teringat zaman kawan-kawan saya fangirling over Price Mateen dulu...

"Congratulations to these cute lovebirds! Prince Mateen is finally going to marry his childhood friend.

"Syukur Alhamdulillah. Congratulations Prince Mateen & soon to be Princess Anisha. Ive seen these two face to face & mashaallah they are really match made in heaven. Sama cantik & sama padan.

"They are actually inseparable since they were kids tbh. Childhood friends

"Mesti semua kemurungan Prince Mateen nak kahwin. Seminggu majlis beliau.

"Jangan risau, kita masih ramai jejaka yang single. Berlarilah sampai jumpa ya," ciap beberapa pengguna di platform X.

#Kahwin #Putera Mateen #Brunei #Kerabat #Januari #Prince Mateen #Sultan Brunei Pengiran Muda #Dayang Anisha Rosnah Adam
;