Putera Sulung Amyza Aznan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Bendalir Dalam Paru-Paru - “Sebenarnya Dah Sebulan Lebih Dia…”
Anak kepada pelakon, Amyza Aznan, Andre Mikhail dikejarkan ke hospital selepas didapati mempunyai bendalir di dalam paru-parunya.
"Jadi dia dah pergi ke klinik beberapa kali untuk ambil ubat tahan sakit, buat ECG semua namun result okay. Tapi benda itu seperti belarutan,tak ada baik kami hanya fikir pasal muscle dia sahaja namun selepas pada itu dia demam dan batuk, agak lama batuk dia.
"Bila jadi macam tu kami hanya fikir yang dia begitu sebab sakit dia tu tapi makin lama dia tak boleh tidur baring sebab dia akan sesak nafas bila jadi macam tu, saya terus fikir paru-paru berair punya simptom, jalan sikit pun dia akan sesak nafas.
"Tiga hari lepas kami buat keputusan untuk buat X-ray dekat klinik swasta, bila dapat keputusan doktor terus buat keputusan untuk rujuk hospital secepat mungkin sebab paru-paru dia serius dan ada something dan mungkin ianya air,” kongsi Amyza kepada Gempak.
"Masuk emergency, doktor terus tahan dia dan masukkan antibiotic dan lakukan apa yang patut, hari ini baru dapat keputusan doktor kata ada air dalam paru-paru dia.
"Ini adalah sebab batuk yang lama demam yang on and off, kami takut juga sebab semalam doktor kata suspek nanah dalam paru-paru dan ada jangkitan sikit dekat hati dia sebab dah lama,” tambahnya.