Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Putera William Risau Tak Sempat Lihat Anak-anak Membesar

Ahmad Shah 06/01/2016 | 16:07 MYT

Pewaris keluarga diraja Britain, Putera William mengakui semakin beremosi dan gusar selepas bergelar seorang bapa.

“Saya lebih emosi daripada sebelum ini. Ya, aneh. Saya tidak pernah risau mengenai sesuatu perkara tetapi sekarang benda kecil pun saya semakin berjaga-jaga,” jelas Putera William.

Menurut William, dia tidak mahu anak-anak membesar tanpa didikan sempurna olehnya dan bakal memberi kesan yang buruk kelak.

“Anda akan terkesan dengan situasi dunia masakini. Keadaan tersebut memberi kesedaran kepada saya sebagai seorang bapa betapa berharganya sebuah kehidupan.

Tindakan tidak berada di sisi anak-anak sewaktu mereka membesar memberi satu perspektif yang cukup berbeza,” ujarnya lagi.

Jelas William lagi, didikan oleh mendiang ibunya Puteri Diana memberi impak yang besar buat kehidupannya.

“Kenangan sewaktu bersama emak dan ayah, mereka sering membawa kami ke kerja-kerja amal untuk memberi pengajaran berguna kepada kami. Saya rasa melalui tindakan tersebut ianya memberi kita satu pandangan meluas mengenai kehidupan.

“Sangat penting apabila di usia muda kita memberi pengajaran berguna kepada anak-anak. Saya tidak hanya tinggal di dalam istana sahaja dan penting untuk melihat apa yang sedang terjadi dengan dunia luar,” tambahnya lagi.

Putera Wiliam dan isteri, Kate Middleton kini mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Charlotte, 7, dan George,3.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: US Magazine

#Anak
;