Hiburan
Puteri Aishah Akui Sukar Bawa Watak Jahat
Pelakon Puteri Aishah mengaku agak sukar untuk membawa watak antagonis dalam drama Selafaz Cinta.
Menurut Puteri, dia sudah terbiasa dengan watak baik justeru ini merupakan cabaran terhadap dirinya.
"Secara jujurnya saya sudah terbiasa dengan membawa watak baik.
"Pihak produksi tidak menginginkan watak jahat yang dah biasa dibuat, mereka inginkan kelainan.
"Oleh sebab itu, saya belajar dengan menonton filem-filem dari luar negara dan ini merupakan satu cabaran terhadap diri saya," katanya.
Puteri atau nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman, 24, berkata dia berpuas hati dengan watak antagonis yang dibawa dalam drama ini.
"Saya berpuas hati dengan hasil watak antagonis dalam drama Selafaz Cinta ini.
"Sebagai pendatang baru dalam industri lakonan, ini merupakan pengalaman buat diri saya," katanya kepada Gempak.
Puteri ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Selafaz Cinta di One Utama, Damansara baru-baru ini.
Selain Puteri, drama Selafaz Cinta ini turut menampilkan pelakon Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Riz Amin, Cha Cha Maembong, PU Rizz dan ramai lagi.
Selafaz Cinta akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang mulai 27 November menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Must-Watch Video