3 GADIS MANIS 2019
Puteri Aishah Cuba Nasib Jadi Vlogger
Pelakon cantik, Puteri Aishah mahu mencuba sesuatu yang baru dengan menjadi seorang vlogger.
Puteri mula belajar cara untuk merakam video serta mencari kandungan yang baik untuk dimuat naik ke laman YouTube.
Semuanya terjadi dalam episod terbaru drama mini bersiri 3 Gadis Manis musim ketiga yang boleh ditonton di laman Facebook, YouTube dan IGTV Astro Gempak!
Menerusi episod enam ini, Puteri yang membawakan watak Icha mendapat bantuan Hafeez Mikail yang membawakan watak Dafi.
3 Gadis Manis musim ketiga mengisahkan mengenai persahabatan tiga gadis yang makin rapat sejak mula tinggal serumah di ibu kota Kuala Lumpur.
Drama lapan episod ini juga mempamerkan karakter setiap tiga gadis yang saling memberi inspirasi untuk terus tabah menangani cabaran hidup serta dalam mencari cinta sejati.
Bukan itu sahaja, selain daripada lapan buah episod istimewa yang boleh ditonton sekarang di www.3gadismanis.com.my, para penonton berpeluang untuk menyertai peraduan kuiz di portal rasmi bagi mengetahui perwatakan diri yang sesuai seperti dalam 3 Gadis Manis.
3 Gadis Manis turut dimeriahkan dengan kehadiran Nivea sebagai peneraju utama menerusi Rose & Argan Oil in Lotion, Cherry Blossom & Jojoba Oil in Lotion dan Vanilla & Almond Oil in Lotion.
Saksikan episod keenam 3 Gadis Manis musim ketiga yang boleh ditonton di laman Facebook, YouTube dan IGTV Astro Gempak atau saksikan keseluruhan episod di laman web www.3gadismanis.com.my!
Jangan lupa saksikan drama bersiri 3 Gadis Manis musim ketiga, flowers always bloom!