"Puteri Akan Ingat Kita Selalu Kongsi Makan, Cerita Keluarga..." - Puteri Aishah Rindu & Doakan Mereka Di Wad 6D

Badrul Hashim
April 19, 2020 05:45 MYT
Pelakon Puteri Aishah yang disahkan sudah sembuh daripada wabak Covid- 19 merindui saat-saat ketika dia berada di Wad 6D.
Kenangan bersama pesakit-pesakit lain, doktor-doktor yang merawat serta jururawat-jururawat yang banyak membantu meninggalkan kesan di hati Puteri Aishah.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Puteri Aishah berkongsi banyak gambar ketika berada di Wad 6D.
"Puteri dah rindukan mereka semua. Terima kasih kerana jadi kawan Puteri masa dalam wad, Kak Pakia, Kak Grace dan Kak Shima.
"Terutamanya Kak Pakia kerana selalu ada ketika Puteri down dan sedih. Dia selalu pesan jangan lupakan dia. Puteri tak akan lupakan," tulis Puteri Aishah pada entri tersebut.
Tambah Puteri Aishah, dia sentiasa akan mengingati saat-saat mereka berkongsi makanan, bercerita tentang keluarga masing-masing, suka dan duka, termasuklah mengajar Kak Pakia mengenakan solekan.
"Terima kasih juga buat para doktor dan jururawat-jururawat yang baik dengan Puteri serta kawan-kawan di dalam wad.
"Dr. Hannah selalu gembira je bila dengar suara dia rasa macam sihat terus. Nurse kak Zue pun sama, selalu tenangkan Puteri masa Puteri sakit.
"Dr Omar selalu bagi info dan siap tanyakan kat nurse boleh pakai pengering rambut ke tak. Terima kasih semua. Puteri akan kenangan dan pengalaman ini selamanya," tulis Puteri Aishah bersama tanda pagar #Wad6D.
Sebelum ini Puteri Aishah didapati positif Covid- 19 selepas dia pulang daripada penggambaran di luar negara.
#Puteri Aishah #Covid- 19