Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Puteri Balqis Terkilan Ibu Dituduh Ambil Barang Terlarang, Fazura Tampil Titipkan Pesanan - “Jangan Sedap Menghukum Tanpa…”

Asyikin Mayudin
28/10/2024 21:55 MYT
Pelakon Nur Fazura tampil memberi kata-kata semangat kepada aktres Puteri Balqis yang kesal dengan segelintir netizen melemparkan komen berbaur fitnah terhadap ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Kata semangat

Menerusi Instastory, Fazura meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir individu yang tidak memikirkan perasaan perasaan orang lain sebelum bercakap mahupun meninggalkan komen.

“Ruginya manusia yang tidak pandang kiri kanan atau hari esok bila berkata. Hanya tahu sedap mulut dan tangan nak menulis tanpa fikir perasaan orang lain dan akibatnya.

“Bagaimana kalau ini terjadi pada diri sendiri pula? Pernah terfikir tak? Jadi guna la otak, hati dan ilmu. Jangan sedap menghukum saja tanpa kebenaran sebenar.

“Stay strong adikku! Percaya pada Allah sentiasa melihat dan mendengar. Setiap perbuatan pasti ada balasan,” kongsinya.

Mohon maaf

Bekas isteri kepada aktor Fattah Amin ini, turut berharap orang yang bersalah itu sempat memohon maaf atas perbuatan fitnah yang dilakukan.

“Jika tidak, jawablah dengan Allah. Semoga kita ambil pengajaran dan menjauhi sifat-sifat syaitan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Puteri Balqis meluahkan rasa berang apabila ada pihak menuduh ibunya mengambil barang terlarang disebabkan mata merah.

Menurut Puteri Balqis, komen sebegitu telah meninggalkan kesan dan menimbulkan kebimbangan berikutan ibunya boleh mengambil tindakan di luar jangkaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis Titip Pesanan Buat Fatima, Ini Respons Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Untuk Fattah Amin & Fazura, Tapi Puteri Balqis Titip Pesanan Buat Fatima - “Kita Menderita Kerana Cinta, Maka…”

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun TikTok Sebar Fitnah Libatkan Wanna Ali Dengan Fattah Amin & Nur Fazura, Ini Respons Tuan Badan…

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

#Fazura #Netizen #Puteri Balqis #Nur Fazura #Fitnah #Ibu Puteri Balqis
;