Puteri Balqis Titip Pesanan Buat Fatima, Ini Respons Fazura
Asyikin Mayudin
15/10/2024 00:55 MYT
15/10/2024 00:55 MYT
Perkongsian Puteri Balqis di Instagram yang menitipkan pesanan buat Fatima turut mendapat perhatian aktres Nur Fazura yang meninggalkan komen memberi respons kepada pelakon itu.
Terima kasih
Menerusi komen tersebut, Fazura mengucapkan terima kasih kepada Balqis yang memberi kata-kata bijak selain mendoakan dia dan anaknya.
“MasyaAllah TabarakAllah… wise words from such a young and brilliant lady. Terima kasih adikku Balqis mendoakan yang baik-baik buat kami khususnya anakanda Fatima.
“You are admirable. Semoga Balqis terus kuat dan berjaya di dunia akhirat. Aminnn Allahuma Aminnn,” komen Fazura.
Rata-rata netizen turut membalas komen Fazura dengan mendoakan agar aktres dan anaknya itu sentiasa dalam keadaan baik.
Sebelum ini, Puteri Balqis memilih untuk menitipkan pesanan dan nasihat buat anak perempuan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Balqis memberitahu Fatima perlu sentiasa mengingati pengorbanan ibu bapanya dalam membesarkannya biarpun mereka sudah berpisah.
Pada perkongsian yang sama, Balqis turut berkongsi pengalaman dia berdepan dengan situasi orang sekeliling mahukan dirinya membenci ibu sendiri.