Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Puteri Bongsu Kini Berusia 3 Bulan, Fizi Ali Akui Seronok Besarkan Tiga Cahaya Mata – “Kalau Ameena Balik, Dia Akan Excited…”

Khairil Khusyairi
22/09/2024 06:55 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mengakui teruja dalam membesarkan anak ketiga yang baru lahir Julai lalu

Enjoy Proses Besarkan Anak

Kongsi Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Ali, 35, dia menikmati segala proses membesarkan anak-anak bersama isteri tercinta, Siti Zulaikha.

“Ya, seronok, ia lain sebab bila anak semakin besar cara jaga juga lain. Bila bayi cara jaga dia lain.

“Memang kena bagi 24 jam perhatian. Jadi yang penting saya enjoy dengan apa yang saya buat sekarang ini,” kongsinya kepada Gempak.

Bergilir Dengan Isteri

Dalam pada itu, Fizi berkongsi dia dan isteri saling bergilir-gilir dalam menjaga bayi perempuan mereka, Nurraisya Sofea.

“Anak meragam macam biasa seperti kanak-kanak, meragam mahu susu satu malam dalam dua ke tiga kali.

“Jadi saya dan isteri bergilir-gilir. Contohnya saya buat susu dan kali kedua isteri pula yang buat, ia mudah bila bergilir-gilir,” kongsi Fizi lagi.

Ameena Sofia Balik Setiap Dua Minggu

Ditanya mengenai hubungan bersama anak perempuannya bersama bekas isteri, Shakila Khoriri iaitu Ameena Sofea, Fizi memaklumkan anak perempuannya itu akan bersama dengannya setiap dua minggu.

Malah, Fizi juga berharap proses Hadanah kekal yang akan berlangsung kelak dipermudahkan.

“Kakak-kakak dia pula Alhamdulillah. Ameena juga dengan kami seperti yang semua tahu tentang perjanjian Hadanah sementara itu yang memang dipersetujui dengan pihak sana dan pihak saya.

“Dia (bekas isteri) memang akan ambil hak penjagaan, tiada masalah. Jadi dua minggu sekali saya juga akan ambil Ameena.


“Saya ambil pada hujung minggu dan bermalam dengan dia, jadi setiap dua minggu dia akan bersama kami.

“Kalau Ameena balik, dia sangat teruja, cium dan gomol adik tetapi sekarang kami masih menunggu proses Hadanah kekal,” tutupnya.

Untuk info, Fizi sah bergelar suami kepada Siti Zulaikha, 30, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor, Oktober tahun lalu.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia pada 2019.

#Anak #Isteri #Bayi #Fizi Ali #Ameena Sofia #Bongsu #Besarkan
;