Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Puteri Sarah Anggap Perceraian Bukan Satu Trend’ - “Siapa Yang Mahu Berakhir Dengan Kekecewaan…”

Asyikin Mayudin
07/11/2024 01:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyelar tindakan segelintir pihak yang menganggap perceraian selebriti seperti mengikut ‘trend’.

Bukan ikut trend

Menganggap perceraian bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat naik, Puteri Sarah berkata, tiada pasangan yang mahu perkahwinan yang dibina berakhir dengan perpisahan.

“Saya tak boleh nak cakap itu (cerai) mengikut trend atau tidak. Sebab itu soal jodoh, siapa yang mahu berakhir dengan kekecewaan. Siapa yang nak berakhir dengan bercerai.

“Saya rasa ini bukan sesuatu perkara yang boleh buat main-main untuk dikatakan satu trend,” kata Puteri Sarah kepada Gempak.

Doa yang baik

Dalam pada itu, Puteri Sarah yang juga ahli kumpulan Gebu ini juga berharap semua pihak mendoakan yang baik-baik sahaja untuk semua pasangan berdepan masalah rumah tangga.

“Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik saja,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Namun rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun itu berakhir dengan penceraian apabila pengarah itu melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Beri Ruang, Puteri Sarah Akui Terkejut Bila Tahu Diana Danielle Nak Cerai - “Kalau Dia Sendiri Nak Hubungi Saya & Bercerita…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Kejayaan Anak, Puteri Sarah Nafi Mahu Menunjuk - “Ala Budak Je Pun, Tak Payahlah Fikir Negatif…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Sebab Diana Danielle Berlalu Pergi Tanpa Penjelasan, Anggap Peguam Sudah Beri Jawapan Relevan

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Pujuk Diana Danielle, Farid Kamil Kongsi Surat ‘Cinta’ 12 Tahun Lalu - “Selalu Bahagia Hingga Kita Bersatu Kembali…”

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.

#cerai #Puteri Sarah #selebriti cerai #Musim cerai
;