Skip to main content

Viral

Puteri Sarah Bawa Dua Anak Tunai Umrah, Kelibat Syamsul Yusof Tak Kelihatan Dalam Foto Di KLIA

untitled-design-2022-04-21t174726-298.jpg

Aktres jelita Puteri Sarah berangkat mengerjakan ibadah umrah bersama dua orang anaknya, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3 tahun. 

Menerusi laman sosial Instagram, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, memuat naik beberapa keping foto sewaktu keberangkatannya. 

Pada perkongsian tersebut, suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof tidak kelihatan. 

Walau bagaimanapun, hanya ibu dan bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail selain ahli keluarga Sarah dilihat hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

Must-Watch Video

Advertisement