Pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah mengadakan majlis aqiqah buat anak sulung mereka, Syaikhul Islam semalam.

Kemeriahan majlis itu dikongsi pasangan berkenaan di laman sosial Instagram (IG).

Puteri Sarah kelihatan anggun dan jelita seperti pengantin baru dengan kurung moden

Syaikhul pula kelihatan sangat comel apabila sedondon dengan Syamsul berjubah putih.

Menerusi foto yang dikongsi, majlis itu turut dihadiri oleh bapa kepada pelakon itu iaitu Datuk Yusof Haslam dan isteri serta ahli keluarga dan rakan terdekat mereka.

Syaikhul dilahirkan seberat 3.5 kilogram di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, pada 19 April lalu.

Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis tersebut: