Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Puteri Sarah Doakan Terbaik, Selesa Berkawan Dengan Syamsul Demi Anak

Firdaus
30/08/2024 05:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyatakan tidak mungkin akan merujuk kembali dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof meskipun pengarah itu dikatakan bercerai dengan isterinya, Ira Kazar.

Menurut Sarah, atau pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini mengakui tidak mahu lagi dikaitkan dengan Syamsul.

“Saya hanya mampu ketawa sahaja. Tak rasanya (rujuk). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak.

“Kalau boleh Sarah memang tak nak lagi dikaitkan dengan Syamsul,” katanya ketika ditemui selepas prosiding saman fitnah di Mahkanah Sesyen Sivil, pada pagi Jumaat.


Mengulas lanjut tentang kemelut rumah tanya yang berlaku antara Syamsul dan Ira, aktres berusia 39 tahun itu berkata dia enggan campur tangan berkaitan masalah perhubungan pasangan berkenaan.

“Saya tak nak komen tentang itu. Tak baik dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu. Saya, keluarga dan mentua pun tahu mengenai perkara itu menerusi Instagram (IG) .

“Kami memang tak tahu apa-apa dan tak nak ambil tahu. sebagai keluarga kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka berdua,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN: Isu Kes Saman, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Puteri Sarah Depan Hakim

BERITA BERKAITAN: Dilabel Ratu Court, Puteri Sarah Nafi Sanggup Naik Turun Mahkamah Sebab Wang - “Kita Saman Orang Bukan Sebab Nak Duit”

BERITA BERKAITAN: Puteri Sarah Zahir Rasa Syukur Kes Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Selesai - “Alhamdulillah…”


Disoal tentang perasaannya berhubung isu tersebut, Sarah hanya mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Ira.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Simpati dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka kerana perkara ini memang tidak dijangka,” katanya lagi.

Pada 13 Jun tahun lalu, kemelut yang melanda rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.

#Syamsul Yusof #Puteri Sarah Liyana #Ira Kazar
;