Laman Utama

Puteri Sarah Kongsi Perkembangan Hubungan Dengan Syamsul Yusof - "Saya Gembira Apabila Dia ..."

gempak
Asyikin Mayudin
22/11/2022
23:55 MYT
Sponsor Banner
Puteri Sarah Kongsi Perkembangan Hubungan Dengan Syamsul Yusof - "Saya Gembira Apabila Dia ..."
Enggan mengulas mengenai hubungannya dengan suami, pelakon Puteri Sarah Liyana bagaimanpun berkata Syamsul Yusof tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak-anak mereka.
Sibuk dengan menguruskan kerjanya, Puteri Sarah berkata dia gembira apabila suaminya yang juga pengarah itu sentiasa meluangkan masa bersama dua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
“Dia masih berjumpa anak-anak, menelefon dan membuat panggilan video bersama mereka. Dan dia masih lagi menjalankan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah.
“Dan saya pula macam biasa, sibuk dengan kerja saya. Bila saya tiada dengan anak-anak, dia ambil giliran untuk bersama mereka. Jadi saya gembira apabila dia meluangkan masa dengan anak-anak,” katanya kepada Gempak.
Masih mempunyai hubungan baik dengan keluarga mentua, Puteri Sarah memberitahu dia akan membawa anak-anak ke rumah pengarah Datuk Yusof Haslam setiap hujung minggu.
Malah, Puteri Sarah juga mendedahkan Syamsul akan berjumpa dengan anak-anak mereka ketika dia berada di rumah ibu bapanya.
“Dan setiap minggu saya pergi ke rumah Datuk Yusof dan Datin Patimah, sebab hubungan saya dengan mereka kekal baik dan mereka pun rindu pada cucu-cucunya. Jadi bila saya ke sana, dia (Syamsul) akan berjumpa dengan anak-anak,” katanya.
Untuk rekod, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live