Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Puteri Sarah Luah Rasa Syukur Syamsul Yusof Pulang Ke Pangkuan Keluarga - “Saya Hanya Boleh Katakan…”

Asyikin Mayudin
23/09/2024 05:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana melahirkan rasa syukur apabila bekas suaminya iaitu pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.

Enggan ulas

Sarah ketika ditemui selepas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada malam Ahad bagaimanapun berkata dia tidak mahu mengulas lebih lanjut perkara itu.

“Saya hanya boleh katakan Alhamdulillah, happy ending. Itu saja… nak cakap lebih-lebih pun tak boleh,” kata Puteri Sarah kepada Gempak.

Apabila ditanya mengenai kenyataan Datuk Yusof Haslam tidak menolak sekiranya Puteri Sarah kembali berjodohan dengan Syamsul, ahli kumpulan Gebu itu bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir Beri Sokongan Kepada Puteri Sarah Di MLS4, Patimah Ismail Turut Kongsi Rasa Syukur Syamsul Yusof Kini Kerap Pulang Ke Rumah - “Lepas Kerja, Biasanya Dia Akan…”

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: ‘Gempak Superstar Of The Week’ Milik Deroyan, Ibu Syamsul Yusof Datang Sokong Puteri Sarah Antara Momen Minggu Pertama

“No komen… saya tak nak cakap lebih-lebih mengenai perkara itu,” ujarnya lagi.

Secara spontan

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberitahu penggunaan isu melibatkan dirinya dalam persembahan minggu pertama MLS4 hanya sekadar untuk dijadikan hiburan sahaja.

“Bukan idea saya (isu sendiri), ia hanya keluar secara spontan. tapi kita tak ada berlebihan sangat. Kita jadikan ia sekadar perkara yang menyeronokkan, itu saja,” katanya.

Sarah turut bertanding bersama Mamak Puteh dan Ilham Abata menerusi kumpulan Gebu dan pada minggu pertama MLS4 mereka mendapat markah sebanyak 61.57 peratus.

Manakala kumpulan Deroyan yang dianggotai oleh Eric (Floor88), Has Arteh dan Dewa Arteh dinobatkan sebagai Gempak Superstar Of The Week dengan markah paling tinggi iaitu 64.08 peratus.

Gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Syamsul Yusof #Puteri Sarah #Yusof Haslam #Patimah Ismail #MLS4 #Muzikal Lawak Superstar 4