Pelakon Puteri Sarah tidak berfikir panjang apabila pihak produksi menawarkannya untuk memegang watak seorang perampas suami orang dalam siri terbaharu Hijrah Jannah.
Menurut Sarah, watak bernama Munirah yang dijayakannya itu merupakan watak antagonis dan dia berpendapat kepelbagaian pemilihan watak amat bersesuaian untuk perkembangan kariernya sebagai pelakon.
“Ketika saya ditawarkan untuk memegang watak Munirah, saya tidak berfikir panjang. Saya terus bersetuju untuk jayakan watak ini sebab ia dapat mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon.
“Alhamdulillah, semasa saya jayakan watak Umairah dalam Andai Itu Takdirnya saya terima maklum balas positif, jadi kali ini saya nak cuba watak lain berbeza pula,” katanya kepada Gempak.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama bersiri Hijrah Jannah di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur semalam.
Ditanya bagaimanakah dia menjayakan watak yang berkait rapat dengan dirinya, Sarah berkata, apabila dia berada di depan kamera, segala masalah peribadi akan ditolak tepi.
“Sebagai seorang pelakon, saya akan tolak tepi segala masalah peribadi apabila sudah masuk set penggambaran. Ketika penggambaran Andai Itu Takdirnya pun saya sedang melalui masalah tetapi saya tetap berikan komitmen dengan melupakan seketika masalah peribadi.
“Saya faham orang akan persoalkan kenapa saya bawa watak perampas. Tapi saya rasa watak ini menarik. Tak tahu kenapa saya seronok bawa watak perampas. Jadi, kenapa tidak?” katanya lagi.
Selain Puteri Sarah, Hijrah Jannah turut dibintangi oleh teraju utama, Remy Ishak dan Daniella Sya. Selain itu, siri arahan Feroz Kader ini turut dijayakan oleh Ezaidi Aziz, Khalidah Atlibah, Daniel Fong, Angeline Tan dan Kenji Sawahi.
Hijrah Jannah akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 5 Jun 2023, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Izwan Isa
Thu May 25 2023
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.
Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”
Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh
Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
Kieda menerima kritikan selepas salah satu baju-t yang dipasarkan baru-baru ini didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.
Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”
Aliff bercakap mengenai isu kena tangkap khalwat.
Check Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Aliff Aziz Akui Terkejut Bila Baca Chat - “Saya Klik Bahagian Archive…”
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."
Selebriti kontroversi Aliff Aziz mengakui terjalin cinta lokasi antara dirinya dan aktres, Ruhainies semasa penggambaran sebuah drama baru-baru ini. Memberi penjelasan tentang perkara tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, memberitahu permulaan kepada berlakunya hubungan berkenaan adalah apabila dirinya sentiasa memendam per
Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah - “Tak Tahu Nak Mula Macam Mana”
Aliff dah lebih 40 hari tak bercakap dengan Bella & anak-anak.