Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Puteri Sarah, Siti Nurhaliza & Shila Amzah Antara Yang Mendoakan Mizz Nina

Shahrin Zulkifle 05/08/2022 | 12:00 MYT

Ruangan komen Instagram penyanyi Mizz Nina dihujani dengan doa dan kata-kata semangat oleh peminat selepas berita perceraiannya bersama Noh Hujan diumumkan semalam.

Turut menitipkan doa buat Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman adalah pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menerusi hantaran terbaru di IG Stories Sarah, dia berharap Nina sentiasa kuat dan sabar menerima ujian yang diturunkan Tuhan.

“Sentiasa menyokong awak Mizz Nina, terus kuatkan semangat. Sesungguhnya Allah ada bersama mereka yang sabar,” tulis Sarah ringkas.

Terdahulu, pasangan Nina dan Noh sah bercerai talak satu selepas melalui prosedur di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombar Timur, pada Rabu.

Selain Sarah, beberapa rakan selebriti yang lain turut meninggalkan komen di ruangan balas Instagram milik Nina.

@ctdk : “Fii Aamanillah ukhti (Semoga awak dalam perlindungan Allah)”.

@shahilaamzah : “I love you Nina, hugs”.

@missfazura : “Semoga Allah S.W.T sentiasa permudahkan urusan anda berdua dan anak”.

@umminazeera : “Dalam kepayahan pasti ada kesenangan, saya sayang awak”.

Untuk rekod, Nina dan Noh telah sah menjadi suami isteri pada Julai 2011 namun usia perkahwinan mereka cuma bertahan selama 11 tahun sahaja.

Pasangan itu turut memperkenalkan Musa pada April lalu sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

BACA : Noh Salleh & Mizz Nina Sah Cerai, Minta Hormati Tempoh Idah

#Kahwin #Siti Nurhaliza #Mizz Nina #Noh Hujan #Anak Angkat #Shila Amzah #Puteri Sarah Liyana #Mizz Nina Cerai #Noh Hujan Cerai
;