LAMAN UTAMA

“Putih, Kurus Nampak Berseri Koho Manis Gitu” – Cik B Dipuji Makin Lama Makin Cantik

Mya Amri 06/08/2020 | 23:10 MYT
Anak kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida iaitu Cik B menarik perhatian ramai apabila tampil semakin cantik.

Menerusi satu posting di Instagram Vida, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 14, kelihatan begitu ayu dengan penampilan barunya.

“Manisnya senyuman mu,” tulis Vida ringkas.

Namun apa yang menarik perhatian pengikut adalah perubahan Cik B yang kelihatan semakin kurus dan juga pemakaian pendakap gigi.

Menerusi ruang komen juga rata-rata netizen menyatakan rasa terpegun dengan penampilan berbeza Cik B yang kini kelihatan lebih cantik dan feminin.

“Cik B dah cerah dan nampak berseri dah sekarang,” komen @fatihahherwaini

“Bakpo Cik B koho manis ni, semoga Cik B makin kurus dan makin lawa muahh kit,” puji @syaa_nis

“Cik B memang cantik dan manis orangnya. Pakai braces lagi. Lama-lama nanti kurus lagi menawan,” coret @mariyani_shaari

Terdahulu, Cik B sebelum ini mencuri perhatian wargamaya apabila tampil sebagai penghias muka hadapan majalah Nona bersama ibunya.

#Datuk Vida #Cik B