Jurusolek terkenal, MUA Bellaz baru sahaja menerima cahaya mata keempat pada 29 Julai lalu.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Bellaz telah mendedahkan wajah puteri keduanya yang diberi nama Nur Aisywara Nealofa.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Nah ramai yang nak tengok kan. Memperkenalkan anak dara saya, Nur Aisywara Nealofa. Doa baik-baik ya sahabat semua. Syukur segalanya,” tulisnya.

Namun apa yang lebih manis lagi, puterinya ini berkongsi tarikh lahir yang sama seperti anak ketiganya, Aisy Ean Yusuf.

“Yang ni lah dok teman mama dalam live setiap hari. Besar nanti boleh teman kakak ootd dengan mama ya.

“Yeay, geng Mua Bellaz kali ni. Adik kepada Aisy Ean Yusuf, bersalin tarikh yang sama 29/7,” coretnya.

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah selain memuji kecomelan bayi itu secantik namanya.

BACA: “Assalamualaikum Nur Aisywara Nealofa,” - MUA Bellaz Selamat Bersalin, Nama Anak Jadi Perhatian