Pelakon Erwin Dawson mendedahkan hubungan percintaan dirinya bersama aktres Julia Farhana telah berakhir.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di Instastory akaun Instagram (IG) peribadinya.

Pelakon filem Bisik Pada Langit itu menjelaskan kepada netizen yang tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka.



Erwin memberitahu dia dan Julia sudah membuat keputusan untuk berpisah.

Erwin juga memohon kepada semua supaya mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Erwin dan Julia mula berkenalan sejak Julai tahun lalu melalui seorang kawan.