Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Putus Cinta! Riena Diana Kembali Solo - "Tak Ada Gaduh-Gaduh, Puncanya ..."

Shahrin Zulkifle
22/12/2022 01:00 MYT

Pelakon Riena Diana mendedahkan bahawa dia sudah pun memutuskan hubungan cinta dengan kekasihnya, Nik Afiq.

Enggan menjelaskan punca perpisahan, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 25, berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya menganggap tiada jodoh di antara mereka berdua.

“Kami berdua putus dengan cara baik, tiada pun gaduh-gaduh besar pun. Tapi punca gaduh saya tak akan kongsikan.

“Doakan yang terbaik dan mana tahu akan datang lain pula ceritanya kan. Cumanya sekarang saya rasa nak refleksi diri sendiri dan perbaiki apa yang patut.

“Saya tak mahu salahkan sesiapa dalam hal ini, buat masa ini saya anggap tiada jodoh antara kami,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam masa sama, Riena menjelaskan ketika ini dia hanya mahu memberikan fokus kepada perkara yang lebih penting. Bagaimanapun, tidak menolak sekiranya dijodohkan semula bersama Nik Afiq kelak.

“Tak tahu la kalau akan datang kami ada jodoh bersama lagi. Sebab kita tak tahu kan in future macam-macam boleh jadi.

“Saya akui dia seorang lelaki yang baik. Cuma mungkin saya rasa kami tidak serasi.

“Untuk waktu sekarang, saya nak fokus dulu dengan perkara yang lebih penting.

“Nak cari suami bukan perkara yang main-main, nak hidup bersama untuk tempoh yang lama,” tambahnya.

Terdahulu, Riena menerusi hantaran di Instagram Stories berkata dirinya sudah kembali solo dan meminta orang ramai memahami situasi yang dihadapinya.

Sebelum ini, Riena secara terbuka berkongsi berita akan mendirikan rumah tangga bersama Nik Afiq pada tahun 2023.

#Putus Cinta #Riena Diana #Nik Afiq
;