Selepas putus dengan penyanyi Cheryl, anggota kumpulan One Direction, Liam Payne, 25, kini sedang mengenali seorang gadis muda.

Jika sebelum ini, Liam memilih Cheryl yang 10 tahun lebih tua, kini Liam selesa berhubungan dengan Maya Henry yang berusia 18 tahun.

Maya merupakan anak kepada seorang peguam terkenal dan turut mempunyai puluhan ribu pengikut di laman Instagram.

Mereka dikhabarkan menghabiskan masa bersama di sebuah hotel di London pada hujung minggu lalu.

Bercinta dengan Cheryl, 35, selama dua tahun bermula pada 2016, mereka tidak lagi sehaluan pada awal Julai lalu.

Mereka mempunyai seorang anak, Bear Grey Payne yang berusia setahun.

Sumber: The Sun
Foto: Instagram Liam & Maya