Hiburan

"Putus Rantaian COVID-19 Sahaja...Bukan Putus Silaturahim" - Jasmin Hamid

gempak
Asraf Aided
06/05/2020
11:02 MYT
Sponsor Banner
"Putus Rantaian COVID-19 Sahaja...Bukan Putus Silaturahim" - Jasmin Hamid
Pelakon Jasmin Hamid menyifatkan 2020 adalah satu tahun yang membawa perubahan besar dalam kehidupan ramai khususnya umat Islam.
Menurut Jasmin, orang ramai harus sentiasa bersyukur dan menerima ujian Tuhan dengan hati yang terbuka.
"Tahun 2020 adalah tahun yang sangat berbeza cara hidup kita terutamanya semua umat Islam.
"Pada yang dah memang ada dengan kaum keluarga, bersyukurlah, dan pada yang terpisah dari keluarga, jangan bersedih, Allah sentiasa ada dengan kita.
"Kita masih belum menang, kerajaan hanya minta kita putuskan rantaian COVID-19 ini sahaja, bukan putuskan silaturahim," tulis Jasmin di Instagram.
Dalam pada itu, Jasmin juga percaya bahawa terdapat hikmah di sebalik krisis COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
"Lapangkanlah dada kita semua untuk menjalani ujian Allah ini dengan reda seperti orang beriman.
"Setiap apa juga ujian yang Allah turunkan, pasti ada hikmah di sebaliknya, bersangka baik dengan Allah," tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Jasmin turut bersetuju dengan pendapatnya itu.
Mereka juga mengambil iktibar dari detik sukar ekoran krisis COVID-19.
A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Kepada semua pembaca Gempak, kurangkan aktiviti di luar rumah jika tiada urusan penting, utamakan penjarakkan sosial, kerap membasuh tangan dan lakukan semua langkah yang mampu mencegah penularan wabak COVID-19. Kita belum menang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live