Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Putus Sudah Kasih Sayang Kita Di Dunia..." - Datuk Sari Yanti Meninggal Dunia

Asraf Aided 07/07/2021 | 03:10 MYT
Pelakon Sari Yanti berkongsi berita duka mengenai pemergian datuknya, Allahyarham Mohd Nor Abd Hamid.
Perkara itu dimaklumkan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Telah pulang ke Rahmat Allah atuk kesayangan saya, Hj Mohd Nor Bin Abd Hamid.
"Anti (Sari Yanti merujuk dirinya) sayang Atuk, putus sudah kasih sayang kita di dunia, bertemu hendaknya kita di syurga nanti, Amin Allahumma Amin," tulisnya.
Dalam pada itu, Sari Yanti juga memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan datuknya di alam sana.
"Tolong doakan atuk saya ditempatkan di kalangan para solihin," tulisnya lagi.
Isteri Jep Sepahtu itu bagaimanapun tidak memaklumkan punca kematian datuk kesayangannya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Sari Yanti termasuk rakan-rakan industri mengucapkan takziah kepadanya dan menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Di kesempatan ini, Gempak juga ingin mengucapkan takziah kepada Sari Yanti dan ahli keluarga, semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
#Meninggal Dunia #Sari Yanti #Datuk
;